menggapai kejayaan

menggapai kejayaan
tangga kejayaan

Thursday, 27 October 2011

HUJAN OOHHHH HUJAN

dari pagi lagi hujan sudah turun...bbiasa lh dah sampai blan hujan kot...huhuhuhuhu..
uuuummmm apa yang patut kita buat time hujan nie????

ari yang memalu kn...

hahahahhahaaaa.......ari nie aku terlbat ngn koko kat kolej..(BOMBA)..yg manis nya aku tlh di denda oleh jurulatih untuk keslahan yg aku tlh lakukan...kslahan (mslah pendengaran)AHAHHAHAHHAA...kalau ada mcm mna persaan anda ketika di denda dpan orng rmai tambah lgi dpan perempuan....(pndpat anda...:D

Sunday, 16 October 2011

IKHLAS


Saidina Ali r.a berkata :"Janganlah kamu risau dengan amalan yang sedikit, tetapi risaulah apakah amalan itu dapat diterima oleh Allah! Hal ini kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada Muaz Bin Jabal :
"Ikhlaskanlah amalanmu dan sudah mencukupi untukmu amalan yang sedikit asalkan dilakukan dengan ikhlas."(Riwayat Dailani)
Allah S.W.T berfirman :
"Ingatlah! (hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat yang ikhlas (bawaan yang suci bersih daripada segala rupa syirik). (Az-Zumar : 3)
Allahuakbar!
Saya cukup takut apabila diperdengarkan atau diperkatakan tentang IKHLAS, di saat itulah saya akan muhasabah kembali apa-apa yang telah saya lakukan.
'Ikhlas ke aku buat tadi?'
Jika tidak, pasti saya akan dapat merasakan hati tidak tenang, lantas perkataan yang sebaiknya pada itu kita lafazkan ialah Astagfirullahal'azhim!
Dan kita perlu sedar, segala apa yang kita lakukan, itu adalah kehendak dari-Nya jua, bukan sebab bagusnya kita! Sebaiknya dialog hati yang sepatutnya terlintas di hati seorang hamba antaranya :
"Ya Allah, aku mampu beribadah dengan kehendak-Mu jua ya Allah, siapalah aku jika tanpa-Mu ya Allah, Dikaulah tempatku bergantung, Dikaulah tempat ku berlindung!"
Keikhlasan yang bersungguh-sungguh, tidak mungkin tercipta melainkan daripada seseorang yang betul-betul mencintai Allah dan tidak ada tempat sedikit pun dalam hatinya untuk mencintai harta keduniaan.
Allahuakbar!
Susahkan? Insya-Allah, sama-samalah kita berusaha mencapai dan tergolong dalam golongan mukhlisin.
Teringat saya, slot rancangan Al-Kuliyyah di TV3, ustaz ada menyatakan bahawa, Imam Ghazali menyatakan, sebelum seseorang itu mencapai tahap ikhlas mereka akan melalui sedikit juga perasaan riak.
Contohnya seseorang yang sebelum ini tidak pernah menunaikan solat berjemaah di masjid, tiba-tiba mahu menunaikan solat di masjid, sedikit sebanyak akan datang juga sifat mahu menunjuk-nunjuk. Tetapi, Insya-Allah lama-lama akan ikhlas jika benar-benar kerana Allah.
Kalau kita dahulu pun, jika solat perlu tunggu mak abah suruh dahulu baru hendak solat.
Solat kerana apa?
Kerana arahan ibu bapa, tetapi Alhamdulillah lama-lama kita mampu untuk mengerjakannya dengan sendiri walaupun tiada ibu bapa di depan mata kita.
Tapi malangnya, ada juga manusia yang tidak mahu melakukan kebajikan hanya dengan alasan:
'Eh, tak naklah derma, takut tak ikhlas.'
Memang terdapat manusia seperti ini. Jangan sampai macam tu pula pemikirannya, yang penting kita usaha ke arah ikhlas, ia memang bukan mudah, tetapi Allah tahu apa yang terbuku di hati hamba-hamba-Nya.
Sedar tidak kita, bahawa jika kita tidak ikhlas, kita telah mensyirikkan Allah.
Nauzubillah!
Mana tidaknya, kita buat sesuatu sebab lain, sebab orang, sebab mahukan habuan dan sebagainya.
Allah! Takutnya.
"Ya Allah, mampukanlah kami dalam melakukan ibadah hanya untuk-Mu, hanya kerana-Mu, bukan sebab makhluk dan ciptaan-Mu ya Allah!"
Allah berfirman:
"Sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan apa-apa pun dalam ibdahnya kepada Tuhannya! (Al-Kahfi : 110)
Kita memberi bukan untuk menerima menabur budi bukan untuk dianggap berjasa tulus, Putih dan murni hati kita memberi adalah kerana-Nya jua.
Tidak mengapa jika tidak dikenang asalkan segalanya memberi satu ketenangan,
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan bukan kerana kelebihan kita.
Dalam samar mainan rasa, kekadang datang jua serpihan bangga,
Mengharap adanya balasan mendamba hadirnya kemasyhuran.
Bukan itu yang diburu sejak mula ditagih kasih rasa di depan-Mu,
Apabila terasa segalanya dari-Mu, rebahlah segala daripadaku yang hina.
TUHAN...
Dunia ini tidak panjang,
Tahun terasa detik di putaran usia,
Mengharap yang abadi,
Akan lenyap segala ilusi,
Bantulah aku dalam memahami rahsia itu.
(Di Mana DIA di hatiku, ustaz Pahrol)
Yaakub Maktuf berkata :
"Orang yang ikhlas itu ialah orang yang suka menyimpan (tidak menyiarkan) amal-amal kebaikannya sebagaimana ia suka menyimpan (tidak suka menyiarkan) keburukannya.

transformasi dan perubahan


Transformasi Pendidikan: ke arah mana?


Transformasi. Perkataan yang sering kita dengar akhir-akhir ini. Rata-rata organisasi menggunakan perkataan ini bagi merujuk kepada satu titik tolak perubahan yang pesat ke arah sesuatu yang lebih baik.
Tema hari guru pada tahun ini juga menggunakan perkataan 'transformasi' bagi menyuntik semangat para pendidik melakukan perubahan dalam sistem pendidikan. Contohnya, cara pembelajaran, cara penyampaian, didikan dan pembentukan tingkah laku. Para guru sentiasa dilihat sebagai agen transformasi yang berkesan untuk mengubah seorang pelajar menjadi manusia baik amnya kepada yang lebih baik.
Slogan 'transformasi' seperti menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem yang diguna pakai ketika ini. Mana tidaknya, peningkatan masalah juvana semakin membimbangkan. Semakin ramai remaja melihat sekolah sebagai satu'beban' yang terpaksa digalas. Hal ini menyebabkan hilang keikhlasan dalam menuntut ilmu. Jika niat sudah terpesong, bagaimana ilmu akan melekat pada pelajar?
Kita berhadapan dengan krisis nilai yang kronik. Nyawa manusia tidak lagi dianggap sesuatu yang berharga. Rasa hormat, rendah diri, berlapang dada sudah tidak lagi menjadi perhatian. Kita lihat ramai profesional yang melibatkan diri dalam jenayah yang membimbangkan. Mereka kelihatan pandai belajar, tetapi jahil nilai. Akibatnya, ramai pesakit hospital tidak mendapat rawatan sepatutnya, bangunan runtuh kerana jurutera yang tidak amanah, ahli politik penipu, ahli perniagaan menindas pelanggan dan pemimpin rasuah. Jika mereka mengenal nilai amanah, hormat, rendah diri dan integriti, hal ini tidak mungkin berlaku.
Solusinya, jika kita mahu menjana transformasi kecemerlangan pelajar, pastikan juga kita menjana transformasi nilai dalam diri pelajar. Pastikan pelajar tahu nilai ilmu dengan mengamalkannya, bukan hanya belajar untuk lulus ujian, tetapi belajar untuk kehidupan. Namun tanggungjawab ini tidak boleh terletak pada bahu tenaga pengajar sahaja. Institusi kekeluargaan adalah peranan utamanya. Di sinilah pelajar mula mengenal kasih sayang dan tujuan hidup dari ibu bapa mereka. Keruntuhan institusi keluarga yang kian membimbangkan kini menjadi faktor penyumbang keruntuhan moral pelajar. Kesedaran pendidik menyampaikan pelbagai pengajaran untuk membentuk nilai dalam diri pelajar. Tugas kita cuma menyampaikan dan melakukan yang terbaik. Selanjutnya semoga Allah membantu dalam usaha murni ini. Meskipun sedikit, namun bak kata pepatah, 'Sedikit-sedikit lama jadi bukit.' Transformasi... Bertukarlah...